salam semua. hari ni merupakan hari yang paling sedih dalam tahun 2009. detik yang ditakuti akhirnya muncul jua. Puan Rusmina atau lebih mesranya kak min sah akan berkhidmat di sekolah lain. sodihhhh sangat. tak tertahan. tersedu2 menahan tangis. airmata tok sah nak katalah. boleh buat siram pokok bunga. yang nyata dirimu kak min akan sentiasa segar di hatiku...
Friday, November 20, 2009
Monday, November 16, 2009
Setiap Pertemuan, Pasti ada Perpisahan
salam kesayuan... tajuk yang dikupas dan ingin dititipkan pada kali ini menggambarkan hari-hari yang kulewati sepanjang tahun persekolahan 2009 akan berakhir dengan perginya seorang teman seangkatan, kakak tersayang dan rakan sejawatan berpindah ke sekolah baru mengikut suami tersayang. hati ini semakin menjeruk rasa membayangkan perjuangan dalam mendidik anak bangsa akan diteruskan berseorangan... Kak Min itulah nama yang muncul di dalam kamus dan diari unit bimbingan dan kaunseling. kehadiranmu begitu bermakna. dengan kehadiranmu segala aktiviti dan program dapat kita lakukan bersama-sama. mengharungi badai dan duri perjuangan dan kritikan serta teguran membina. syukur dipanjatkan kepada tuhan kerana telah menghantar dirimu diwaktu diriku ketandusan idea dan semangat daripada teman seperjuangan. semoga dirimu kan bahagia bersama suami tersayang dan anak yang sedang membesar...
karangan pembuka blog...
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
di tengah kesunyian malam, tanganku rancak mengetuk papan kekunci untuk menitipkan karangan pertama sebagai perasmi ruangan blog yang kureka khusus untuk tatapan keluargaku, teman-teman dan rakan alam maya sekalian.
untuk penulisan kali pertama ini, perkara yang ingin ku kupas dan sentuh adalah berkaitan hakikat sebuah kehidupan. dalam keidupan, setiap yang hidup pasti akan menemui mati. begitu juga yang muda pasti akan menjadi tua. wah...wah... tengah mencuba untuk menjadi pengarang sebenarnya. tapi tak berjaya sebab dah penat meniarap dan mencuba menerobosi email bagi mencipta blog. Alhamdulillah akhirnya kata-kata yang pertama ini akhirnya tersiar... hehehe...

Subscribe to:
Posts (Atom)